Wednesday 14 December 2011

@topi menyelamatkan nyawa aku...


Topi ni sangat bermakna bagi aku, topi ni juga telah menyelamatkan nyawa aku yang boleh dikatakan berharga... Aku sangat terhutang budi dengan topi ni. Banyak kejadian topi ni telah membantu aku dalam kesusahan.. Pergh!!!! aku nak cite pun sedih lah..huhuhuu~~... tapi aku gangster malu lah aku nangis... Takpa, aku cerita jugak kat korang...

     Pada satu hari ni, aku nak tujuk otai di sebuah restoran yang agak mewah... Tapi bagi Maya Karin tak lah mahal sebab dia kaya.. Bagi aku memang mahal lah restoran tu, bayangkan air lemon jus secawan harga RM16.50... tak ke menggigil lutut aku nak membayarnya.. aku pulak masa tu bawak duit RM2 je, aku ingat harga makanan macam warung mamak lah... aku pun cari lah idea nak selamatkan diri aku dari masalah yang memalukan ni....
     
     Selepas aku berfikir panjang, aku tak ada idea lain selain lari dari restoran tersebut.. Aku pun pakailah topi aku tu lalu keluar secara senyap-senyap.. tapi kantoi jugak aduuuhh!! penjaga kaunter restoran tersebut perhatikan aku rupanya dari awal.. dia pun jerit sekuat hati 'Woi pencuri minum air tak bayar!!!!!' aku pun amik topi aku lalu tutup muka aku sebab malu dan terus lari...

     Sebab muka aku di tutup, aku pun tak nampak jalan lah, tiba-tiba aku terlanggar orang yang tengah makan lalu aku tersembam kat lantai.. kalau tak muka aku dah berdarah lah, nasib baik ada topi aku yang selamatkan aku. Aku bukak topi aku, rupa-rupanya aku terlanggar puak gangster kawasan ni.. seorang dari mereka menangis tertelan garfu.. aku pun nak tergelak tengok rupa dia, macam ayam sembelit lah katakan... hahahahaha... Tapi aku gelak dalam takut, sebab salah seorang dari mereka mengeluarkan pistol dari seluar dalamnya.. 
  
     Aku tanpa membuang masa, aku gunakan kemahiran aku sebagai pelari nombo satu semasa aku tadika dahulu.. aku pun lari dengan penuh semangat.. aku lari dengan memegang topi aku yang hebat tu. aku lari dan terus lari.. Sebelum aku tiba di sebuah selekoh tajam, topi aku tercampak dihadapan aku kerana aku terlepas dari genggaman.. aku pun tunduk lah untuk mengambil topi tersebut. Apabila aku sentuh topi tersebut aku mendengar bunyi tembakan dilepaskan tapi terbabas peluru tersebut lalu terkena pada seorang warga emas yang sedang memasang gigi palsunya ke dalam mulutnya.

     Sungguh malang nasib orang tua tersebut dalam hati ku berkata.. Aku pun sempat melarikan diri dan sampai terus ke rumah aku. Aku berasa sungguh selamat bersama dengan topi ni. Topi ini amat berjasa pada nyawa aku. Tapi aku fikir kan balik, topi ini jugak yang nak bunuh aku, kalau topi ini tak ada mesti aku tak tutup muka aku sewaktu aku nak larikan diri di restoran tadi..

Itu lah sedikit sebanyak kisah topi ini.... hheeee..

No comments:

Post a Comment